ku hanya mengetahui
bahawa cinta itu buta...
setiap kesalahan yang kau lakukan
pastinya kau akan menyalahkan cinta
tapi kau mungkin tidak menyedari yang cinta juga seolah-olah mempunyai perasaan
dan jika Allah yang Maha Kuasa itu membenarkan cinta bertukar menjadi seorang manusia
pastinya cinta akan meluahkan perasaan yang dipendamnya selama ini
cinta...
ada di setiap diri manusia
cinta akan turut menangis di saat sekeping hati milik si gadis atau si jejaka dilukai
cinta turut merasa gembira di saat seorang gadis tersenyum ketika membuka pemberian daripada kekasihnya
cinta juga akan turut merasai sakit yang perlu ditanggung di saat seorang gadis mahupun seorang jejaka mencurangi kekasihnya
cinta juga akan turut berasa pedih disaat menerima berita yang tidak di sangka-sangka dari kekasihnya seperti berita kematian,kemalangan atau sebagainya
cinta juga akan merasa bersyukur jika perasaan si gadis atau jejaka itu berbalas
sedarlah wahai manusia yang sedang di lamun cinta
atau yang bercita-cita ingin jatuh cinta
CINTA TIDAK PERNAH BUTA
sesungguhnya,cinta itu dapat melihat apa yang di lakukan olaeh sepasang kekasih
dan sesungguhnya,cinta akan turut menangis jika kita menangis
cinta akan turut gembira di saat kita bahagia....
No comments:
Post a Comment