Undang-undang islam : Kalimah perundangan (al- Tashric) dalam bahasa arab mempunyai 2 pengertian:
- jalan yang lurus
- dari segi bahasa : saluran air yg mengalir menjadi sumber minuman.
Mengikut pengertian yang pertama,Allah Taala telah berfirman yang bermaksud :Dan Kami telah berikan mereka keterangan2 yang jelas nyata mengenai perkara agama; maka mereka tidak berselisihan (dalam perkara agama itu) melainkan setelah sampaikepada mereka ajaran2 yang memberi mereka mengetahui (apa yang baik dan yang buruk) kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat tentang apa yang mereka perselisihkan itu.
Menurut Dato' Dr. Harun Din, undang2 Islam ialah hukum2 Allah atau undang2 Allah yang diturunkan kepada manusia meliputi segenap urusan kehidupan manusia merangkumi persoalan2 akidah ,syariat, dan segala sesuatu yang berhubung dengan kehidupan.
Menurut penulisan Dr. Muhammad Muslehuddin di dalam bukunya Philosophy of Islamis Law and The Orientalist telah menyatakan bahawa undang2 Islam menurut teori tradisi ialah perintah Allah yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Menurut teori Abu Jacfar Muhammad At-Thobari pula undang2 Islam ialah meliputi segala isi kandungan daripada Al -Quran yang datangnya dari sumber2 yang terkemudian.
No comments:
Post a Comment